About Me

Boleh follow kami di Instagram kami mahupun Twitter Ig: @hannanmehra @ainfieyfa @afidahariffin_ Twitter : @hananiemustaffa @ainfieyfa @afidahariffin_ Terima Kasih Sister Sister dan Brother Brother! ;)

Popular Posts

Friday, 11 December 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, hai, hello, salam Peneng, Salam Kelatan, Salam Ganu dan Salam Perak Aman Jaya dan tidak lupa juga iaitu Salam Satu Malaysia!! HIHI
AMARAN ! JANGAN BACA TIME STRESS YE HIHI :)

Hai Sister Hai Brother, macam biasa la kalau bab nak update dan meng- edit blog mesti no idea. Yelaa  sebab kami bukan blogger terkenal .hihihi haa, especially kawan satu group kami yang lagi sorang tak de bersama disebabkan dia pulang ke kampung halaman atas urusan tertentu. so kami pun berhuhuhu. Di malam yang hening ini, (jam 2.30 a.m) kami ingin ambil kesempatan untuk memperkenalkan group members, iaitu : *mohon jangan komen minta nombor pls. Hahahahaha Maaf kami bergurau ;)*  


B612-2015-07-01-19-24-14.jpg
SITI NURHANANI BINTI MUSTAFFA (dari kiri)
E20151012191
PENENG 
28 OKTOBER 1997
NURUL AIN AFIFAH BINTI BAHARUDIN (tengah)
E20151012869
KELANTAN
21 NOVEMBER 1997


NURUL AFIDAH BINTI MOHD ARIFFIN (kanan)
E20151012191
TERENGGANU
21 JUNE 1997


Kepada sister sister yang cantik cantik  dan bro bro yang kacak lagi sado , Tujuan kami wujudkan blog ni kerana kami telah diberi tugas dalam subjek MMM1023 (subjek Multimedia) oleh pensyarah kesayangan kami iaitu Puan Haslina binti Hassan yang comel  lagi baik hati :) (ikhlas okey) 
Tugasan yang diberi bertajuk "Kesedaran Permainan Komputer, dan Pengaruh Terhadap Remaja Masyarakat di Malaysia". Sebagai peneraju dan pemilik blog ini kami akan sentiasa update dari semasa ke semasa tentang proses penyiapan video yang telah ditugaskan itu. okey esok kami update lagi ya sebab esok ad kelas pagi ..sobs sobs

To be continued...good night !
Tuzki Bunny Emoticon




SINOPSIS VIDEO
Sinopsis bagi video kami ialah jeng jeng jeng...
" Artisticsouls "


Bila kita dengar tentang permainan komputer   mesti banyak pendapat dan inisiatif daripada setiap individu termasuk golongan remaja dan para ibu bapa. Ramai yang berpendapat bahawa Permainan Komputer ini memberikan banyak kesan negatif berbanding positif kepada pengguna. Jadi pada malam ini, dengan tidak segan dan silunya kami akan membuka mata pembaca sister sister dan bro bro sekalian dan berkongsi serba sedikit tentang permainan komputer ini. Antara kesan negatifnya kepada remaja ialah 

             * boleh menjejaskan pelajaran kerana sesetengah permainan komputer yang melalaikan individu tersebut.
             *  bermain permainan komputer juga dapat membazirkan masa dan wang.
             * individu menjadi anti-sosial kerana gemar bersendirian dan bermain gadjet. 


Namun begitu, terdapat kesan-kesan positif dalam permainan komputer. Antaranya ialah,

             * dapat mendatangkan kepuasan kepada individu tersebut daripada banyak sudut.
             * dapat merangsang otak berfikir secara kreatif, logik dan kritis. Dan yang paling penting permainan komputer boleh buat duit gaisss !!!!
             


Itu sebenarnya yang paling penting kepada individu yang 'Kaki Games'. hehe.. Banyak lagi manfaat yang kita dapat jika kita pandai menggunakan teknologi tersebut. Oh ya, maksud kepada "ARTISTIC SOULS" ialah Jiwa yang Berseni  :) Bagi sister dan bro yang blur pasal tajuk ni jangan risau. Kami akan jelaskan mata dan fikiran awak semua okay. *wink wink*

Jadi sinopsis kami adalah : Berkisahkan seorang gadis dari Sains Matematik yang gemar bermain games kalah budak kos Games. Sifatnya yang sentiasa bersemangat ketika bermain game terutamanya bila bermain game Dota, permaianan kesukaanya. Tapi bagaimanakah dia menjadikan games itu satu seni yang boleh meyakinkan orang ramai bahawa games bukanlah permainan yang lalai semata mata bahkan juga satu aktiviti yang menarik. Gadis yang berjiwa seni ini bakal memberikan satu impak yang mana orang akan terpegun dan terutamanya kepada bakal ibu bapa usah risau akan anak anak yang terjebak dalam dunia permainan berkomputer :) Jadi bagaimana gadis ini boleh meyakinkan orang lain ?????Haaaaa Jadi tunggu lah update dari kami.  


Haaaa Mesti korang tertunggu tunggu video kami kan kan..Mohon Sabar  ya sister yang cun melecun dan bro kacak! kami akan update video ni tak lama lagi.. okay.. So, lets chill and stay tuned.. Will be coming soon.. byee... :) 

Tuzki Bunny Emoticon Tuzki Bunny Emoticon

No comments:

Post a Comment